Terma & Syarat

01.

Keahlian Program Eilham.Biz

Keahlian Program Eilham.Biz adalah berlandaskan produk utama program ini iaitu kursus e-pembelajaran "Rangka Asas Kertas Kerja Perniagaan" yang diberikan akses kepada anda setelah pembayaran RM50 dibuat kepada pihak pengurusan program iaitu Neusoftpro Creative Services, melalui sistem pembayaran online yang disediakan oleh SenangPay. Keahlian kepada Program Eilham.Biz adalah diberikan percuma dengan langganan kepada kursus e-pembelajaran "Rangka Asas Kertas Kerja Perniagaan" tersebut.

02.

Hakcipta Isi Kandungan

Isi kandungan kursus "Rangka Asas Kertas Kerja Perniagaan" yang dimuatkan ke dalam Program Eilham.Biz ini adalah hakcipta bersama syarikat Neusoftpro Creative Services dan Loonaq Technologies PLT. Anda tidak dibenarkan untuk mengkongsikan (share) ia kepada pihak-pihak lain tanpa kebenaran bertulis dari syarikat Neusoftpro Creative Services atau Loonaq Technologies PLT.

03.

Program Rakan Niaga

Program Rakan Niaga di Eilham.Biz, di mana anda boleh memperoleh imbuhan wang ringgit dengan memperkenalkan individu-individu lain untuk menjadi ahli Program Eilham.Biz, adalah tidak mandatori atau wajib untuk anda laksanakan. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan yang anda cuba Program Rakan Niaga ini untuk manfaat anda sendiri sebagai seorang usahawan, supaya anda boleh mengembangkan saiz pasaran untuk produk dan perkhidmatan anda sendiri.

Anda Boleh Berjaya Dalam Perniagaan

HANYA RM50!

Dengan hanya RM50 sekali seumur hidup, anda akan punyai ilmu untuk mencipta pendapatan tanpa had.

Mobirise
Mobirise